Skip to main content

Wawasan 2020

Pejam celik pejam celik dah sampai kita ke tahun 2020. Masa kecik2 dulu selalu terbayang mcm mana agaknya bila tahun 2020 nnt. Kereta terbang la. mcm2 la lagi bayangan yg ada. Tp bila dah sampai ke 2020, hmmm...sama je rasanya. Tak ada banyak yang berubah pun.

Di tahun 2020 ni, kita diduga dengan virus yang mampu mengancam nyawa. COVID-19. Bermula 18 Mac 2020, kerajaan telah mengarahkan perintah berkurung bagi membendung virus ini dari terus merebak... Hari ini, 24 April 2020, hari pertama Ramadhan 1441H. Tp tiada solat terawih di surau, tiada bazar ramadhan... Tatkala kini, kita masih lagi berada di dlm fasa 3 PKP. Akan dilanjutkan lagi Fasa ke 4 sehingga 12 Mei 2020. Apapun, yg penting, kita haruslah mematuhi arahan kerajaan demi menjamin berakhirnya COVID 19 dengan sehabis-habisnya.

Mungkin, ini adalah ujian bagi kita menyedari bahawa selama ini kita sibuk berkerja. Tiada masa untuk bersama keluarga. Dgn terjadi nya peristiwa ini, kita dapat duduk di rumah bersama keluarga. Inilah masanya untuk kita gunakan sehabis baik dengan berkumpul bersama dan menghabiskan masa yang berkualiti yang dahulu nya kita tiada. Lebih2 lagi di bulan ramadhan ini. Kita diberi peluang untuk menunaikan ibadah bersama-sama. Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya.

Di harap agar apa yang berlaku ini dijadikan iktibar dan sentiasa kita mendahulukan keluarga kita dari kerja. Salam Ramadhan dari Cik Shima untuk semua saudara seislam...


Comments

Popular posts from this blog

Macam mana nak ukur saiz PB anda..

Untuk mengukur saiz PB yang bersesuaian dgn badan anda, anda hanya perlu mengukur 4 tempat sahaja; bust (dada/ puncak) underbust (bawah dada) waist (pinggang) hips (punggung) Ukuran Premium Beautiful Contoh ukuran : bust (dada/ puncak) - 89cm underbust (bawah dada) - 76cm waist (pinggang) - 89cm hips (punggung) - 95cm Tentukan saiz cup  Cara kira Puncak dada (1) - Bawah dada (2) 89cm - 76cm = 13cm  Rujuk gambar diatas di bahagian Ukur Lilit (Bawah Puncak).   13cm terletak di bahagian 10-13.  Maka saiz cup adalah C . Tentukan saiz Long Bra Cara Kira Rujuk ukuran bawah puncak = 76cm Rujuk gambar diatas di bahagian U kur Lilit Badan .  76cm terletak pada ukuran 73-77.  Maka saiz Long Bra adalah 75 . Tentukan saiz Waist Nipper Cara Kira Rujuk pada bahagian Ukuran Pinggang = 89cm Rujuk gambar diatas di bahagian Ukuran Pinggang .  89cm terletak pada ukuran 86-93.  Maka saiz Waist Nipper adalah 90 . Tentukan saiz Long Girdle Cara ...

Officially Full Time Housewife

Assalamualaikum... Pada 1 Jan 2016, secara rasminya ikatan antara diriku dengan RHB Investment Bank telah terlerai... Dengan ini, dimaklumkan bahawasanya diri ini telah menjadi suri rumah sepenuh masa... yabedabedu... Tp bila org tnye ape perasaan skrg ni, xtau nak jwb mcm mne... sbb xde rasa ape2 pun... Lps ni kena berusaha cr duit sbb xde fix income dh... huhu... xleh nk shopping sakan dh... tp tu la name nye pengorbanan... korbankan kepuasan shopping demi kesejahteraan keluarga... lps ni boleh focus 100% membesarkan anak & menguruskan suami sepenuh nya... Selamat tggl dunia pekerjaan... selamat datang dunia rumah tangga...