Skip to main content

Elektrik dalam tubuh

Assalamualaikum...
Kalo tgk tajuk entry kali ni mcm suspen je kan...
Korang penah tak terkena renjatan masa pegang troli kat supermarket, atau terpegang benda2 berunsur besi?? Benda ini selalu jadi kat diri sendiri... Bila tanye cik asben dia xde plak kena... so just ignore je la...

Then semalam perkara yang sama jadi lagi... disebabkan dah biasa, so buat x kisah je la... jalan2 smbil menshopping... last2 terlanggar bahu ngan cik asben... terus dia ckp kena karen... uih... Pelik gak ni... 2 kali jugak la dia kena karen dari cik wife... terus xberani jalan dekat2... (hampeh tul...)

Hari ni plak time g lunch ngan opismate, terlanggar tangan dia plak... trus si opismate ni ckp mende yg same cm cik asben... kena karen gak... dh 2 org rasa karen dr badan nih... menambahkan kemusykilan... terus tanya cik Google... Terbaca dari laman web Kosmo... jom baca selanjutnya petikan di bawah...

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.

Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Cas

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.

“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.

Tabiat dan suhu

Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.

“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.

Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Fuh...lps baca ni macam serius plak masalah ni... Ingt dpt super power tadi... hikhik... Kena berhati2 kalo nak pegang benda2 besi nih...

Sekian entry kali ini.. Daaaa....

Comments

Popular posts from this blog

Macam mana nak ukur saiz PB anda..

Untuk mengukur saiz PB yang bersesuaian dgn badan anda, anda hanya perlu mengukur 4 tempat sahaja; bust (dada/ puncak) underbust (bawah dada) waist (pinggang) hips (punggung) Ukuran Premium Beautiful Contoh ukuran : bust (dada/ puncak) - 89cm underbust (bawah dada) - 76cm waist (pinggang) - 89cm hips (punggung) - 95cm Tentukan saiz cup  Cara kira Puncak dada (1) - Bawah dada (2) 89cm - 76cm = 13cm  Rujuk gambar diatas di bahagian Ukur Lilit (Bawah Puncak).   13cm terletak di bahagian 10-13.  Maka saiz cup adalah C . Tentukan saiz Long Bra Cara Kira Rujuk ukuran bawah puncak = 76cm Rujuk gambar diatas di bahagian U kur Lilit Badan .  76cm terletak pada ukuran 73-77.  Maka saiz Long Bra adalah 75 . Tentukan saiz Waist Nipper Cara Kira Rujuk pada bahagian Ukuran Pinggang = 89cm Rujuk gambar diatas di bahagian Ukuran Pinggang .  89cm terletak pada ukuran 86-93.  Maka saiz Waist Nipper adalah 90 . Tentukan saiz Long Girdle Cara Kira Rujuk pada bahagian Ukuran Punggun

Koleksi Testimoni dari pengguna Pil Maharani...

Ari ni nk share ngan you all testimoni drpd org2 yg penah cuba Pil Maharani ni.. Jom kita baca pe komen2 dorg k.. Testimoni 1 Saya nak kongsi pengalaman ngan u all pasal maharani nih...xtau lah korang biasa dengar ke tak tapi yg pasti benda nih tengah top sekarang...mula2 my sister in-law yg offer kat i...i try lah..dan i trasa kesannya menakjubkan...dan i pun ask my family semua try...dorg try pun cmtu gak..i pun promote kat kengkawan...pun camtu..antara kesan2 yg dorg alami ialah, yg sorg tu dah lama kawin tapi xde zuriat..mcm2 dah dia cuba...lepas dia makan maharani ni dlm 3 kotak..(xhabis pun) dia mengandung..(alhmdllah-kuasa allah) tapi kurang2nya kita iktiar kan... adik ipar i, dia sakit2 lutut, sendi2 dan migrain yg teruk skali..mlm xleh tidur...i bagi dia try...alhmdllah..sakit2 berkurangan dan skrang xde masalah lagi..dia masih lagi continue..my officemate lak..dia baru 1yr bersalin...kesan jahit dia masih terasa bila dia bersama ngn hubby..pas dia mkn maharani ni...d