Monday, 26 October 2015

Elektrik dalam tubuh

Assalamualaikum...
Kalo tgk tajuk entry kali ni mcm suspen je kan...
Korang penah tak terkena renjatan masa pegang troli kat supermarket, atau terpegang benda2 berunsur besi?? Benda ini selalu jadi kat diri sendiri... Bila tanye cik asben dia xde plak kena... so just ignore je la...

Then semalam perkara yang sama jadi lagi... disebabkan dah biasa, so buat x kisah je la... jalan2 smbil menshopping... last2 terlanggar bahu ngan cik asben... terus dia ckp kena karen... uih... Pelik gak ni... 2 kali jugak la dia kena karen dari cik wife... terus xberani jalan dekat2... (hampeh tul...)

Hari ni plak time g lunch ngan opismate, terlanggar tangan dia plak... trus si opismate ni ckp mende yg same cm cik asben... kena karen gak... dh 2 org rasa karen dr badan nih... menambahkan kemusykilan... terus tanya cik Google... Terbaca dari laman web Kosmo... jom baca selanjutnya petikan di bawah...

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.

Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Cas

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.

“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.

Tabiat dan suhu

Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.

“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.

Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Fuh...lps baca ni macam serius plak masalah ni... Ingt dpt super power tadi... hikhik... Kena berhati2 kalo nak pegang benda2 besi nih...

Sekian entry kali ini.. Daaaa....

Thursday, 15 October 2015

Dilema wanita berkerjaya

Setiap wanita yg sudah bergelar ibu pasti akan menghadapi dilema ini. Mungkin tak semua la. Tp bagi diriku perasaan ni wujud setelah bergelar ibu 4 tahun lepas. Apatah lagi selepas habis pantang, terpaksa meninggalkan anak di kampung disebabkan tak jumpa pengasuh utk Ammar. 

Setiap minggu selama 6 bulan berulang alik dari KL - Ipoh semata2 utk bersama anak tersayang. Hanya ibu2 sahaja yg tahu bagaimana perasaan ni kan. Dalam kepala hanya fikir satu perkara je... nak berhenti kerja... nk jd suri rumah sepenuh masa... Tp apabila difikirkan dari segi kewangan, terpaksa tabah kan hati. 

Hanya selepas 6 bulan baru jumpa pengasuh yg sesuai dan bermulalah hidup bertiga. Mmg pelbagai cabaran & dugaan sepanjang 4 tahun ni. Mana nak berkejar nk bersiap nye, nak hantar anak lagi, nak redah jem lagi... Apatah lagi semua kena buat sendiri disebabkan encik hubby berkerja shift.

Pejam celik - pejam celik dh nk masuk 5 tahun dh berjaya menggagahkan diri utk berkerja demi kesenangan anak. Sejak akhir2 ini, muncullah kembali dilema homesick ni. Hari2 mentabahkan diri utk pergi kerja. 

InsyaAllah kalau ada rezeki, by next year harap2 agar permintaan ini termakbul. Nak focus on sorg2 nye anak kesayangan hamba (buat masa ni la), uruskan pergi school, makan pakai keluarga... Tak sabarnya... doakan hamba ya...

Ok la.. bye for now.. C U in nx N3... Daaa...

Tuesday, 13 October 2015

Kindy searching for Ammar Syafwan....

Assalamualaikum...

Berjumpa kembali kita di entry ni ye... Memandangkan nx year incik Ammar dh 5 yrs, mula la tercari2 kindy mana yg sesuai utk incik Ammar nih...

Since early of the year dh tanya incik google searching komen2, blog2 dr parents yg dh ada experience kindly hunting ni... ada a few list yg di shorlisted kan setelah mengambil kira faktor location nye.

Since usia Ammar 6 month onwards, Mak Ina lah ibu kedua Ammar. Now it is times for Ammar to get out from his comfort zone. Masa untuk Ammar get togather with his friend in same ages & learn what he supposed to know. Memandangkan ibu Ammar ni wanita berkerjaya, mmg xsempat nk mengajar Ammar.

Ibu already set in mind to get the best school environment for incik Ammar... beberapa faktor perlu diambil kira sebelum memulakan pencarian;

1. Location
* Memandangkan Rumah kita di Pandan Mewah, Ibu bekerja di KL, Rumah Mak Ina di Ampang Hilir, which is the best area to look for?
* Kalau search within Pandan Mewah area, if choose the one yg ada Full Day pun, tak kan sempat nak pick up Ammar before 6 pm.
* Kalau search near to rumah Mak Ina (which is on my way to office as well) & just take the half day session, siapa nak ambil Ammar during lunch hour & hantar ke rumah mak ina pulak?

2. Environment
* If possible nak cari kindy yang buat di rumah bawah.. either corner lot teres or banglo... nak elakkan yang buat di shop lot sbb rasa mcm terperuk je dlm rumah.
* Nak cari area yg kurang "org luar" (coz kawasan rumah Mak Ina ramai org2 dari luar negara. negara mana tu ek??) Kang incik Ammar belajar plak bahasa2 sana plak... huhu.. xmo.. xmo...

3. Type of Kindy
* Nak cari yang Islamic + English medium (nak biar balance duniawi & akhirat, insyaAllah)

4. Yuran
* of course la nk cari yg mampu dek poket ibu & abah. kang kalo mahal sgt plak, mane nk korek bayo bulan2 ye...

Antara kindergarden yg ada dlm list ialah;
1. Tadika Kemas
2. Pasti
3. Taski Abim
4. Smart Reader
5. Brainy Bunch
6. Little Caliphs
7. Genius Aulad
8. Qdees

Setelah mengambil kira faktor2 dia atas, Ibu dh buat  keputusan nak pilih Little Caliphs Taman Dagang disebabkan memenuhi semua kriteria di atas. Ibu dh pun buat pre registration utk Ammar & akan melawat ke sekolah nx week. Hopefully everything will be as planned. InsyaAllah... But the most important things is, Ammar will love his new school as well.

I will share with you the fees for LC later. see u in my nx entry.. daaa...


Welcome back...

Assalamualaikum...
Lama bebeno dh x mengupdate blog nih... bisnes pun dh ke laut...bila la nk ada mood balik nih...
mood ddtg lah kembali... dtg la segera...

Pejam celik pejam celik... dh bln Oct 2015 dh skrg nih... Nx year ammar dh nk g school... Nx week nk g survery2 tadika utk ammar.. Hopefully incik Ammar nk la ke school... Kalo tnye skrg ni mmg eksaited le... Tp jgn kang dh bayo sume fees xmo g skolah plak...

Anyway, welcome back shima8584... moving forwards, hopefully life gonna be a lot better that current...

See u all in my nx post...

Lebiu all... daaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...