Skip to main content

Apa itu JTX Airtracker

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana sekeping stiker boleh menjimatkan penggunaan minyak petrol pada kenderaan. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai JTX Airtracker  ini.

Anda pasti tahu bagaimana enjin kenderaan berfungsi. Saya nak terangkan lebih lanjut pun tak berapa hebat sangat. Tp anda boleh lihat gambar dibawah. Kalau salah, harap di betulkan. Ini cuma dari kefahaman saya.


Piston Pertama
Udara + bahan api (petrol atau diesel) masuk ke ruang kebuk pembakaran (combustion chamber) melalui 'intake valve' yang telah di buka.  Pada ketika ini, piston akan berada di bawah. 

Piston Kedua
Kedua-dua 'valve' ditutup dan piston bergerak ke atas untuk compressed campuran udara + bahan api

Piston Ketiga
Kedua-dua valve masih lagi dalam keadaan tertutup dan palam pencucuh mengeluarkan percikan api selepas campuran udara+ bahan api di compressed dan menyebakan piston turun ke bawah.

Piston Keempat
Gas-gas seperti CO (karbon monoksida) + CO2 (karbon dioksida) + H2O (air) akan terhasil dan keluar melalui 'exhaust valve' yang terbuka. Manakala 'intake valve' pula berada dalam keadaan tertutup.

Pembakaran terjadi kerana adanya elemen BAHAN API dan UDARA (oksigen).  Tanpa 2 unsur ini, pembakaran tidak akan berlaku. Akan tetapi, pembakaran yang berlaku di dalam enjin tidak mencapai tahap optimum disebabkan oleh luas permukaan molekul-molekul udara. Akibatnya penggunaan bahan api yang berlebihan digunakan untuk membakar molekul-molekul udara yang besar tersebut dan akhirnya menambahkan penghasilan karbon monoksida dan karbon dioksida melalui ekzos. Berbalik kepada persoalan kita tadi, Apakah kaitan nya dengan JTX Airtracker?

Cuba anda bayangkan diantara sehelai kertas dgn kertas yang telah dikoyakkan menjadi cebisan kecil itu dibakar.  Yang mana satukah akan cepat terbakar? Sudah semestinya kertas yang telah dikoyakkan tadi kerana luas permukaan nya lebih kecil berbanding sehelai kertas yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar.

Luas permukaan mempengaruhi tenaga (bahan api) yg diperlukan utk pembakaran lengkap. Begitu juga hal nya dengan enjin kenderaan berfungsi. Lebih besar molekul-molekul udara, lebih banyak bahan api yg diperlukan utk pembakaran.

Disini lah kita akan faham fungsi JTX Airtracker. Seperti yang anda sedia maklum, JTX Airtracker berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara menjadi struktur molekul-molekul yang lebih halus sebelum masuk ke kebuk pembakaran enjin. Ia diletakkan di bahagian ‘air filter box’ untuk menukarkan molekul-molekul udara kepada struktur lebih kecil sebelum melalui proses pembakaran.

Bila pembakaran minyak berlaku dengan sempurna dan optimum, maka  enjin dapat berfungsi dengan cemerlang. Pinston juga bergerak lebih lancar kerana penggunaan minyak JTX (kurang geseran) dan ini boleh menjimatkan pembakaran minyak kereta untuk prestasi yang sama. Komponen dalam enjin juga boleh tahan lebih lama.  JTX Airtracker bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, tapi teknologi ini juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau kerana apabila berlaku pembakaran sempurna, ia dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 21% dan karbon monoksida 60%. Lebih memeranjatkan lagi, ekzos pon tidak panas (suam dan boleh dipegang) serta selepas 15-20 min pemasangannya, air dilihat mengalir keluar di ekzos. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Macam mana nak ukur saiz PB anda..

Untuk mengukur saiz PB yang bersesuaian dgn badan anda, anda hanya perlu mengukur 4 tempat sahaja; bust (dada/ puncak) underbust (bawah dada) waist (pinggang) hips (punggung) Ukuran Premium Beautiful Contoh ukuran : bust (dada/ puncak) - 89cm underbust (bawah dada) - 76cm waist (pinggang) - 89cm hips (punggung) - 95cm Tentukan saiz cup  Cara kira Puncak dada (1) - Bawah dada (2) 89cm - 76cm = 13cm  Rujuk gambar diatas di bahagian Ukur Lilit (Bawah Puncak).   13cm terletak di bahagian 10-13.  Maka saiz cup adalah C . Tentukan saiz Long Bra Cara Kira Rujuk ukuran bawah puncak = 76cm Rujuk gambar diatas di bahagian U kur Lilit Badan .  76cm terletak pada ukuran 73-77.  Maka saiz Long Bra adalah 75 . Tentukan saiz Waist Nipper Cara Kira Rujuk pada bahagian Ukuran Pinggang = 89cm Rujuk gambar diatas di bahagian Ukuran Pinggang .  89cm terletak pada ukuran 86-93.  Maka saiz Waist Nipper adalah 90 . Tentukan saiz Long Girdle Cara ...

New JTX 1000 Gold

Pada 9 November 2013 yang lalu, Hai O Marketing telah melancarkan JTX 1000 yg terbaru iaitu JTX 1000 Gold. Terdapat botol 4 Liter & 1 Liter. JTX 1000 juga telah dikeluarkan dengan botol 1 Liter. Berikut adalah perbezaan antara JTX 1000 dengan JTX 1000 Gold. JTX 1000 GOLD (A.P.I SN CF SAE 10W-40) * 4 Liter RM185 * * 1 Liter RM48 * JTX 1000 (A.P.I SN CF SAE 15W-50) * 4 Liter RM170 * * 1 Liter RM44 * Mitsubishi Lancer 2.0 GT telah menggunakan JTX 1000 Gold ini. Bagi yg berminat ingin mencuba, dapatkan hanya di agen/pengedar JTX yg sah. Ingin lebih mudah, boleh pm/whatsapp/call/sms kami. Shima 011-23228020  Syafiq 011-23020108 www.facebook.com/jtx369