BIOZONE Food
Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan
perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali
menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan
pencemar.
Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana
makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan
bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
FAQ
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan
daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya,
semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut)
memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan
lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE
Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian
atau kegunaan peti sejuk.
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu
liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan
makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang
berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda.
Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah
selama 30 minit.
Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik
dan tiub silikon.
Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan
bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan
BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.
Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya
mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan
anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa
selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan
isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.
Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja,
bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.
Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu
seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia
kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran
matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan
air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.
Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan
bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya
anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika
anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan
sebahagian besar nutrien dalam makanan.
Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya
anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda
boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang
terkandung di dalam air paip.
Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan
penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.
Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis
mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak
menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya
anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.
Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol
susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas
plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli
tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk
membersihkan botol susu bayi.
Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada
sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam
air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran.
Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada
daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap
oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah
masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang
panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.
Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses
purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun
dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal
menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses
purifikasi.
Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan
purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak
hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih
panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak
menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.
Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi.
Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk
membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan
diperbuat daripada bahan plastik.
Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses
purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan
bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak
mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat
disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita
mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang
umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang
telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.
Ciri-ciri produk
- Selamat.
- Keberkesanan dalam menyingkirkan
bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam
makanan.
- Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran
makanan dan menyingkirkan bau busuk.
- Pelbagai fungsi purifikasi ke atas
makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
- Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam
- Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
- Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
- Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
- 00% tiub silikon yang bergred medikal.
- Batu seramik yang bergred tinggi.
- Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
- Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna
Cara Penggunaan
- Sediakan semangkuk air.
- Bersihkan makanan dan potong kepada
kepingan.
- Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi
ke dalam mangkuk.
- Pastikan paras air menutupi makanan.
(Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
- Masukkan tiub silikon bergred medikal ke
dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
- Tekan butang pengawal masa untuk memilih
masa purifikasi anda.
Comments
Post a Comment