Skip to main content

JTX Airtracker - Mingguan Malaysia

Pada 18 Mei 2014 yang lepas, artikel mengenai produk hebat daripada syarikat Hai O Marketing, JTX Air Tracker telah diterbitkan di Mingguan Malaysia . Di dalam artikel ini, kita dapat banyak maklumat berguna berkenaan dengan sticker JTX Air Tracker ini.



Berikut antara apa yang dijelaskan di dalam artikel tersebut:

PUTRAJAYA 17 Mei - Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan terhadap alat penjimat minyak kenderaan begitu tinggi di pasaran.

Ini kerana enjin yang menggunakan petrol secara efisien dapat menjimatkan wang setiap kali mengisi minyak.
JTX Airtracker merupakan produk penjimatan minyak terbaharu di pasaran yang berfungsi menjadikan enjin kenderaan melakukan proses pembakaran lengkap, sekali gus menjimatkan minyak serta mengurangkan pelepasan karbon monoksida dan karbon dioksida yang membahayakan alam sekitar.

Menariknya, berbanding produk penjimatan petrol lain yang menggunakan minyak atau magnet, ciptaan JTX Airtacker yang dimiliki syarikat tempatan, Hai-O Enterprise merupakan pelekat yang ditampal di atas penapis udara kenderaan.

Perunding produk tersebut, Dr. Muhammad Saleh Kamaruddin berkata, pelekat itu akan menukar molekul udara menjadi molekul yang sangat halus bagi mengoptimumkan proses pembakaran petrol oleh enjin kenderaan.

“Dengan itu, enapan karbon di dalam enjin dan pelepasan karbon monoksida daripada ekzos dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan prestasi dan memanjangkan hayat enjin kenderaan.
“Berdasarkan ujian yang dibuat, JTX Airtracker memberikan penjimatan minyak sehingga 30 peratus dan mengurangkan pelepasan karbon monoksida sebanyak 87 peratus selepas 150 minit digunakan. Ekzos juga lebih tidak panas dan boleh dipegang kerana peralatan itu akan mengeluarkan hidrokarbon," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Muhammad Saleh, kenderaan dengan kapasiti enjin di bawah 1,600cc perlu menggunakan tiga keping pelekat JTX Airtracker, 3,000cc ke bawah (enam keping) dan melebihi 3,000cc (sembilan keping).
“Pelekat ini mempunyai jangka hayat selama dua tahun selepas dipasang. Walaupun harga satu set JTX Airtracker yang mempunyai tiga keping pelekat ialah RM296, pengguna akan mendapat penjimatan petrol sehingga RM4,380 dalam tempoh tersebut.

“Sekiranya isi petrol RM20 sehari, JTX Airtracker menjimatkan 30 peratus atau RM6 sehari. Ini bermakna, dalam tempoh dua tahun, jumlah penjimatan adalah RM4,380. Pengguna hanya membelanjakan tambahan 35 sen sehari bagi setiap isian petrol RM20 dengan JTX Airtracker," katanya.

Beliau berkata, produk JTX Airtracker yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari dalam dan luar negara pernah memenangi pingat emas bagi kategori alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).

“Pada masa itu, nama ciptaan itu ialah Pro Green. Selepas dipatenkan, namanya ditukar kepada JTX Airtracker," katanya.

Mereka yang berminat untuk membeli atau menjadi pengedar produk tersebut boleh menghubungi Muhammad Saleh di talian 019-3858858 atau Ahmad Hilal (019-6226858), Muhammad Fairul Sulaiman (019-2777858) atau Alwi Mahari (019-9020410).

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

New JTX 1000 Gold

Pada 9 November 2013 yang lalu, Hai O Marketing telah melancarkan JTX 1000 yg terbaru iaitu JTX 1000 Gold. Terdapat botol 4 Liter & 1 Liter. JTX 1000 juga telah dikeluarkan dengan botol 1 Liter. Berikut adalah perbezaan antara JTX 1000 dengan JTX 1000 Gold. JTX 1000 GOLD (A.P.I SN CF SAE 10W-40) * 4 Liter RM185 * * 1 Liter RM48 * JTX 1000 (A.P.I SN CF SAE 15W-50) * 4 Liter RM170 * * 1 Liter RM44 * Mitsubishi Lancer 2.0 GT telah menggunakan JTX 1000 Gold ini. Bagi yg berminat ingin mencuba, dapatkan hanya di agen/pengedar JTX yg sah. Ingin lebih mudah, boleh pm/whatsapp/call/sms kami. Shima 011-23228020  Syafiq 011-23020108 www.facebook.com/jtx369

Welcome back again

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Rasanya dh hampir 3 tahun blog ni bersawang.. Lama btl x meng"update" kisah2 hidup yg terkini.. Alhamdulillah, it's been 8 years since I left my career.. Dan menjadi full time housewife yg menghabiskan duit laki bak kata netijen2 malaya... 🤭🤭 Since pendemik in 2020, mcm2 perkara yg berlaku & berubah dlm hidup kami.. Incik suami kne terminate from work smpai la sekarang bertatih nak mula bisnes sendiri.. Up and down yg tak dpt nak diceritakan dgn kata2.. Smpai sekarang pun after 3 years, masih lagi berusaha menstabilkan kewangan keluarga kecil kami since both of us dah x ada fix monthly income. Tp alhamdulillah, eventhough masa struggle ni, dpt membesarkan Ammar Syafwan dgn cukup walaupun x semewah org lain. Pejam celik pejam celik dh 12 tahun dah Ammar. Dah Tahun 6 dah. Next year dh nak masuk sekolah menengah dah. Walaupun berpindah ke tempat baru, Ammar dapat sesuaikan diri sampai lah berjaya dpt jadi penolong ketua pengawas u...