Tanggal 10 Januari 2012 genap 1 tahun usia putera kesayangan ku, Ammar Syafwan. Rasanya baru smlm je melahirkan dia. Sepanjang 1 tahun ni, pelbagai perkara telah aku pelajari, ragam anak2, cara menangani nye. Hingga sekarang ni pun, aku masih lagi belajar memahami kehendak anak2. Teringat kembali detik2 aku masa nk melahirkan Ammar. Bagaimana perasaan masa tu, sakit, gembira, terharu, takut, semua bercampur baur. Ketiadaan suami di sisi ketika melahirkan amat terasa. Namun, aku tau aku kena tabah menghadapinye. Akhirnya, tepat jam 2.41pg, 10 Jan 2011, seorang putera comel telah lahir ke dunia ini. Setelah melihat nya, segala gundah-gulana hilang begitu sahaja. Yang ada pada masa itu cuma perasaan bersyukur. Bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk merasai bagaimana susah payah nye seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Segala kesakitan semua hilang apabila melihat muka anak. Sesungguhnya, pengorbanan ibu tiada bandingan nya. Terima kasih mak..... Utk 1st year birthday, kit
~~Ignore what people said about you... Just do what you think is right~~