Skip to main content

Ammar Syafwan 1st Year Birthday.....

Tanggal 10 Januari 2012 genap 1 tahun usia putera kesayangan ku, Ammar Syafwan. Rasanya baru smlm je melahirkan dia. Sepanjang 1 tahun ni, pelbagai perkara telah aku pelajari, ragam anak2, cara menangani nye. Hingga sekarang ni pun, aku masih lagi belajar memahami kehendak anak2. Teringat kembali detik2 aku masa nk melahirkan Ammar. Bagaimana perasaan masa tu, sakit, gembira, terharu, takut, semua bercampur baur. Ketiadaan suami di sisi ketika melahirkan amat terasa. Namun, aku tau aku kena tabah menghadapinye. Akhirnya, tepat jam 2.41pg, 10 Jan 2011, seorang putera comel telah lahir ke dunia ini. Setelah melihat nya, segala gundah-gulana hilang begitu sahaja. Yang ada pada masa itu cuma perasaan bersyukur. Bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk merasai bagaimana susah payah nye seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Segala kesakitan semua hilang apabila melihat muka anak. Sesungguhnya, pengorbanan ibu tiada bandingan nya. Terima kasih mak.....

Utk 1st year birthday, kitorg dh celebrate besday ammar 3x di 3 tmpt. Same mcm wedding kitorg gak.. hehehe..

1st, celebrate bertiga exactly on 10 Jan 2012. Time ni just beli cake kat Secret Recipe jer.


2nd celebrate kat Ipoh on 15 Jan 2012. Time ni celebrate ngan my parents & sis.


3rd celebrate kat Palong plak on 28 Jan 2012. Ni celebrate with my parents in law togather with sis & bro in law.

Present for Ammar for 1st Year, Ipad for kids & ride on toys. Dia suka sgt2.



Khas buat Ammar... Mak & Abah sayangkan Ammar. Jadilah anak yg soleh & mendengar kata. Muahhhhh.......

Comments

Popular posts from this blog

New JTX 1000 Gold

Pada 9 November 2013 yang lalu, Hai O Marketing telah melancarkan JTX 1000 yg terbaru iaitu JTX 1000 Gold. Terdapat botol 4 Liter & 1 Liter. JTX 1000 juga telah dikeluarkan dengan botol 1 Liter. Berikut adalah perbezaan antara JTX 1000 dengan JTX 1000 Gold. JTX 1000 GOLD (A.P.I SN CF SAE 10W-40) * 4 Liter RM185 * * 1 Liter RM48 * JTX 1000 (A.P.I SN CF SAE 15W-50) * 4 Liter RM170 * * 1 Liter RM44 * Mitsubishi Lancer 2.0 GT telah menggunakan JTX 1000 Gold ini. Bagi yg berminat ingin mencuba, dapatkan hanya di agen/pengedar JTX yg sah. Ingin lebih mudah, boleh pm/whatsapp/call/sms kami. Shima 011-23228020  Syafiq 011-23020108 www.facebook.com/jtx369

Welcome back again

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Rasanya dh hampir 3 tahun blog ni bersawang.. Lama btl x meng"update" kisah2 hidup yg terkini.. Alhamdulillah, it's been 8 years since I left my career.. Dan menjadi full time housewife yg menghabiskan duit laki bak kata netijen2 malaya... 🤭🤭 Since pendemik in 2020, mcm2 perkara yg berlaku & berubah dlm hidup kami.. Incik suami kne terminate from work smpai la sekarang bertatih nak mula bisnes sendiri.. Up and down yg tak dpt nak diceritakan dgn kata2.. Smpai sekarang pun after 3 years, masih lagi berusaha menstabilkan kewangan keluarga kecil kami since both of us dah x ada fix monthly income. Tp alhamdulillah, eventhough masa struggle ni, dpt membesarkan Ammar Syafwan dgn cukup walaupun x semewah org lain. Pejam celik pejam celik dh 12 tahun dah Ammar. Dah Tahun 6 dah. Next year dh nak masuk sekolah menengah dah. Walaupun berpindah ke tempat baru, Ammar dapat sesuaikan diri sampai lah berjaya dpt jadi penolong ketua pengawas u...