Skip to main content

My Role Model...

Assalamualaikum kpd semua pembaca... hari ni sy nk share dgn u all my role model in this business... x lain x bukan the one & only CDC CDM Samiah Bt Parman... Di sini, sy ingin kongsi serba sedikit mengenai beliau...

CSC CDM Samiah Bt Parman

Sebelum menceburkan diri dalam perniagaan MLM Hai-O Marketing, beliau merupakan seorang ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah. Sewaktu dipelawa oleh seorang rakan sekerja untuk menyertai perniagaan MLM di Hai-O, beliau tidak berminat dan berasa tidak yakin dengan pulangan yang akan diperolehi. Namun, beliau menjadi tertarik dengan perniagaan ini selepas melihat sahabat karibnya berjaya dianugerahi pangkat CDM dalam suatu majlis penganugerahan CDM.

“Saya mula mengikuti seminar dan latihan yang dianjurkan oleh syarikat kerana di situlah kita dapat menimba ilmu mengenai produk, pelan pemasaran dan konsep MLM.” Dengan berpegang kepada konsep 'SIKAP mesti berubah, barulah semuanya berubah', beliau berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam Hai-O Marketing iaitu Crown Diamond Manager pada Disember 2003.

Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah apabila beliau berjaya melahirkan 16 orang CDM dari sebuah daerah terpencil iaitu Daerah Hulu Selangor. Selain itu, beliau juga menerima pengiktirafan anugerah khas '1 Impian' daripada Tun Musa Hitam, Tan Sri Osman S. Cassim dan En. Tan Kai Hee dalam Majlis Ulang Tahun Hai-O Marketing yang ke-17 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada tahun 2009.

Beliau berkata, “Bersama Hai-O, impian saya telah menjadi kenyataan. Strategi-strategi yang diatur sangat berkesan dalam menghasilkan kejayaan kepada mereka benar-benar melaksanakannya. Saya menyeru kepada semua yang berada di luar sana, marilah kita bersama-sama berusaha menyiapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian supaya kita dapat mengecapi nikmat pada hari-hari yang mendatang dan merealisasikan impian bersama-sama.”


Hopefully, one day I can become like her. Kpd anda semua yg berminat utk mengubah masa depan anda, boleh sama2 kita berusaha ke arah kejayaan... Jgn kita takut untk mencuba sesuatu, sedangkan kita sendiri tdk tau hasilnya. Apa yg kita mampu ialah yakin dgn setiap apa yg kita lakukan. InsyaAllah, kejayaan milik kita...
  
Bersama CD CDM Samiah
Bersama CDC yg menjadi sumber inspirasiku...


Comments

Popular posts from this blog

New JTX 1000 Gold

Pada 9 November 2013 yang lalu, Hai O Marketing telah melancarkan JTX 1000 yg terbaru iaitu JTX 1000 Gold. Terdapat botol 4 Liter & 1 Liter. JTX 1000 juga telah dikeluarkan dengan botol 1 Liter. Berikut adalah perbezaan antara JTX 1000 dengan JTX 1000 Gold. JTX 1000 GOLD (A.P.I SN CF SAE 10W-40) * 4 Liter RM185 * * 1 Liter RM48 * JTX 1000 (A.P.I SN CF SAE 15W-50) * 4 Liter RM170 * * 1 Liter RM44 * Mitsubishi Lancer 2.0 GT telah menggunakan JTX 1000 Gold ini. Bagi yg berminat ingin mencuba, dapatkan hanya di agen/pengedar JTX yg sah. Ingin lebih mudah, boleh pm/whatsapp/call/sms kami. Shima 011-23228020  Syafiq 011-23020108 www.facebook.com/jtx369

Welcome back again

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Rasanya dh hampir 3 tahun blog ni bersawang.. Lama btl x meng"update" kisah2 hidup yg terkini.. Alhamdulillah, it's been 8 years since I left my career.. Dan menjadi full time housewife yg menghabiskan duit laki bak kata netijen2 malaya... 🤭🤭 Since pendemik in 2020, mcm2 perkara yg berlaku & berubah dlm hidup kami.. Incik suami kne terminate from work smpai la sekarang bertatih nak mula bisnes sendiri.. Up and down yg tak dpt nak diceritakan dgn kata2.. Smpai sekarang pun after 3 years, masih lagi berusaha menstabilkan kewangan keluarga kecil kami since both of us dah x ada fix monthly income. Tp alhamdulillah, eventhough masa struggle ni, dpt membesarkan Ammar Syafwan dgn cukup walaupun x semewah org lain. Pejam celik pejam celik dh 12 tahun dah Ammar. Dah Tahun 6 dah. Next year dh nak masuk sekolah menengah dah. Walaupun berpindah ke tempat baru, Ammar dapat sesuaikan diri sampai lah berjaya dpt jadi penolong ketua pengawas u...