Skip to main content

Miautan Enerplus


Miautan Enerplus menggunakan karang, mutiara, kulit-kulit siput dan tiram yang mana kalsium aktif di dalamnya melebihi 60%, kemudian diekstrak menerusi teknik penvakuman elektrolisis yang bersuhu tinggi untuk mendapatkan serbuk kalsium aktif yang larut air, dan menjadi air “berion”  kalsium aktif yang mudah diserap apabila dilarutkan dalam air. Pengambilan setiap hari dapat menambahkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan elemen surih, membantu menyingkirkan toksin, lemak, bahan buangan metabolisme dalam badan demi memperbaiki keseimbangan pH badan.

Mengapa rasa air mineral menjadi pahit selepas Miautan Enerplus ditambah ke dalam air mineral?
Miautan Enerplus bukan sahaja membekalkan kalsium, pelbagai bahan mineral dan elemen surih, malah dapat menentukan tahap kesihatan organ-organ badan berasaskan rasa yang berlainan selepas diminum oleh orang yang berlainan.

Rasa pahit  : Masalah hati dan hempedu
Rasa hanyir  : Masalah ginjal dan pundi kencing
Rasa kelat  : Masalah limpa, perut, usus dan paru-paru
Rasa masam : Masalah jantung dan usus kecil
Rasa manis : Badan sihat

Rasa semakin pelik dan susah diminum bermakna bahan buangan di dalam badan adalah banyak. Kita boleh menentukan kelemahan organ dalaman mengikut rasa meminum Miautan Enerplus, dan kemudian menjalankan rawatan mengikut bahagian yang berlainan.

FAQ

Apakah bezanya kalsium aktif larut air yang terkandung dalam Miautan Enerplus dengan kalsium yang biasa?
Miautan Enerplus akan bertukar menjadi kalsium berion selepas larut dalam air, ia mudah diserap dan diguna oleh badan manusia. Selain membekalkan kalsium untuk kekuatan tulang, ia juga berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan pH darah dan mempercepatkan detoksifikasi.

Apakah caranya mengambil Miautan Enerplus?
Buka kapsul, tuangkan serbuk ke dalam air mineral atau air sejuk. Setiap 2 kapsul boleh dibancuh dengan 1500ml air. Selepas serbuk larut dalam air, Miautan Enerplus boleh diminum bila-bila masa. Minum 1 hingga 2 botol air berion setiap hari.

Mengapa Miautan Enerplus tidak boleh diambil terus dalam bentuk kapsul atau serbuk?
Miautan Enerplus hanya akan bertukar menjadi kalsium berion selepas dicampurkan dengan air mineral, kemudian diserapkan sepenuhnya oleh badan manusia dan menjalankan fungsinya. Pengambilan terus dalam bentuk kapsul atau serbuk akan menyebabkan Miautan Enerplus gagal bertukar menjadi kalsium berion, dan seterusnya mempengaruhi penyerapan dan fungsi produk tersebut dalam badan.

Mengapa Miautan Enerplus tidak boleh dibancuh dengan air panas?
Air panas akan merosakkan kalsium aktif dan mempengaruhi keberkesanan kalsium berion.

Siapakah yang perlu mengambil Miautan Enerplus?
Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah, susuk badan berasid, pesakit osteoporosis dan mereka yang mengalami ketidakselesaan akibat putus haid.

Siapakah yang tidak boleh mengambil Miautan Enerplus?
Pesakit buah pinggang atau mereka yang perlu menjalani dialysis buah pinggang serta kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah dilarang mengambil Miautan Enerplus.

Adakah Miautan Enerplus memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Miautan Enerplus telah memperoleh kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, boleh dijual secara sah di pasaran.


Ramuan Utama

Os Corallii Margarita, Pteria Margaritifera, Ostren Gigas Thumb

Fungsi Utama

  • Menggalakkan penyingkiran toksin berasid daripada badan, menjadikan pH darah cenderung kepada beralkali lemah.
  • Menenangkan saraf, menyelaras keseimbangan saraf autonomik dan menstabilkan saraf.
  • Membekalkan kalsium yang lengkap untuk tulang dan gigi, mencegah osteoporosis.
  • Menyelaras fungsi metabolisme sel saraf dan menggalakkan pengenduran serta pengecutan otot yang normal.
  • Membekalkan kalsium darah yang mencukupi, seterusnya menghilangkan keletihan, kesakitan, kelesuan dan kekebasan kaki tangan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit, memperbaiki susuk badan yang lemah.
  • Menambahkan kekenyalan dan kecerahan kulit, menghilangkan kedutan.
Cara Pengambilan

Buka kapsul, tuangkan serbuk ke dalam air mineral atau air sejuk. Setiap 2 kapsul boleh dibancuh dengan 1500ml air. Selepas serbuk larut dalam air, Miautan Enerplus boleh diminum bila-bila masa. Minum 1 hingga 2 botol air berion setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

Macam mana nak ukur saiz PB anda..

Untuk mengukur saiz PB yang bersesuaian dgn badan anda, anda hanya perlu mengukur 4 tempat sahaja; bust (dada/ puncak) underbust (bawah dada) waist (pinggang) hips (punggung) Ukuran Premium Beautiful Contoh ukuran : bust (dada/ puncak) - 89cm underbust (bawah dada) - 76cm waist (pinggang) - 89cm hips (punggung) - 95cm Tentukan saiz cup  Cara kira Puncak dada (1) - Bawah dada (2) 89cm - 76cm = 13cm  Rujuk gambar diatas di bahagian Ukur Lilit (Bawah Puncak).   13cm terletak di bahagian 10-13.  Maka saiz cup adalah C . Tentukan saiz Long Bra Cara Kira Rujuk ukuran bawah puncak = 76cm Rujuk gambar diatas di bahagian U kur Lilit Badan .  76cm terletak pada ukuran 73-77.  Maka saiz Long Bra adalah 75 . Tentukan saiz Waist Nipper Cara Kira Rujuk pada bahagian Ukuran Pinggang = 89cm Rujuk gambar diatas di bahagian Ukuran Pinggang .  89cm terletak pada ukuran 86-93.  Maka saiz Waist Nipper adalah 90 . Tentukan saiz Long Girdle Cara ...

Officially Full Time Housewife

Assalamualaikum... Pada 1 Jan 2016, secara rasminya ikatan antara diriku dengan RHB Investment Bank telah terlerai... Dengan ini, dimaklumkan bahawasanya diri ini telah menjadi suri rumah sepenuh masa... yabedabedu... Tp bila org tnye ape perasaan skrg ni, xtau nak jwb mcm mne... sbb xde rasa ape2 pun... Lps ni kena berusaha cr duit sbb xde fix income dh... huhu... xleh nk shopping sakan dh... tp tu la name nye pengorbanan... korbankan kepuasan shopping demi kesejahteraan keluarga... lps ni boleh focus 100% membesarkan anak & menguruskan suami sepenuh nya... Selamat tggl dunia pekerjaan... selamat datang dunia rumah tangga...