Skip to main content

Celgynic


Celgynic merupakan nutrien yang dihasilkan berasaskan sains perubatan zaman moden demi memenuhi keperluan nutrisi badan manusia. Ia adalah makanan kesihatan ideal yang  menggabungkan penggunaan ramuan nutrisi semulajadi yang tanpa sebarang bahan tambahan iaitu kuning telur dan pelbagai herba yang bernilai, pemprosesan menerusi teknologi tinggi, dan penambahan dengan pelbagai jenis nutrien. Antaranya kaya dengan kuning telur, asid lemak, pelbagai jenis bahan mineral seperti zink, kalsium, fosforus dan 7 elemen lain yang diperlukan serta bahan aktif. Ramuan Celgynic berkesan untuk mencantikkan wajah, anti penuaan dan meningkatkan metabolisme badan.
FAQ

Apakah itu lesitin yang terkandung dalam Celgynic?
Nutrien lesitin yang terkandung dalam Celgynic adalah diekstrak daripada kuning telur. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan membran sel badan manusia. Ia dapat memperbaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel terutamanya sel-sel otak, jantung, hati dan kelenjar, menjadikan sel seluruh badan lebih sihat. Ia juga dapat menurun dan menguraikan kolesterol dalam darah, melancarkan kapilari darah dan peredaran darah.

Adakah Celgynic dapat mengubati diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi?
Celgynic kaya dengan lesitin. Lesitin mempunyai fungsi mengemulsi dan mengurai lemak, mengurangkan masa lemak berada di dinding dalaman saluran darah, menggalakkan kehilangan plak arterosklerosis. Menurut kajian yang dijalankan, kekurangan lesitin akan menyebabkan fungsi pankreas menurun, kegagalan merembes insulin yang mencukupi, mengakibatkan gula yang berlebihan berada dalam darah, dan seterusnya menyebabkan gula darah tinggi. Maka lesitin dapat membantu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Bolehkah Celgynic diganti dengan pengambilan sebiji telur kuning setiap hari?
Walaupun telur kuning kaya dengan lesitin, tetapi kandungan kolesterol dan lemak tak tepu di dalamnya juga sangat tinggi. Pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan saluran darah jantung dan otak. Selain itu, Celgynic kaya dengan herba bernilai, dapat membekalkan pelbagai jenis unsur mineral dan unsur aktif untuk badan, dan amat bermanfaat untuk kesihatan.

Apakah cara pengambilan Celgynic?
Dua kali sehari selepas makan pagi dan malam, 4 hingga 6 biji setiap kali.

Siapakah yang perlu mengambil Celgynic?
Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah, warga tua, pelupa serta mereka yang perlu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Siapakah yang tidak perlu mengambil Celgynic?
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil Celgynic.

Adakah Celgynic memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Celgynic telah memperolehi kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Institut Pemeriksaan dan Penyeliaan Kebersihan Makanan China, boleh dijual secara sah di pasaran.

Ramuan Utama

Egg yolk, Cordyceps Sinensis, Cortex Eucommia Unoides, Radix Panax Ginseng, Fructus Lycium Chinense, Herba Ganoderma Japonnicum

Fungsi

  • Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia.
  • Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel.
  • Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan.
  • Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia.
  • Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit.
  • Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar.
  • Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.
Cara Pengambilan

Dua kali sehari selepas makan pagi dan malam, 4 hingga 6 biji setiap kali.

Comments

Popular posts from this blog

New JTX 1000 Gold

Pada 9 November 2013 yang lalu, Hai O Marketing telah melancarkan JTX 1000 yg terbaru iaitu JTX 1000 Gold. Terdapat botol 4 Liter & 1 Liter. JTX 1000 juga telah dikeluarkan dengan botol 1 Liter. Berikut adalah perbezaan antara JTX 1000 dengan JTX 1000 Gold. JTX 1000 GOLD (A.P.I SN CF SAE 10W-40) * 4 Liter RM185 * * 1 Liter RM48 * JTX 1000 (A.P.I SN CF SAE 15W-50) * 4 Liter RM170 * * 1 Liter RM44 * Mitsubishi Lancer 2.0 GT telah menggunakan JTX 1000 Gold ini. Bagi yg berminat ingin mencuba, dapatkan hanya di agen/pengedar JTX yg sah. Ingin lebih mudah, boleh pm/whatsapp/call/sms kami. Shima 011-23228020  Syafiq 011-23020108 www.facebook.com/jtx369

Welcome back again

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Rasanya dh hampir 3 tahun blog ni bersawang.. Lama btl x meng"update" kisah2 hidup yg terkini.. Alhamdulillah, it's been 8 years since I left my career.. Dan menjadi full time housewife yg menghabiskan duit laki bak kata netijen2 malaya... 🤭🤭 Since pendemik in 2020, mcm2 perkara yg berlaku & berubah dlm hidup kami.. Incik suami kne terminate from work smpai la sekarang bertatih nak mula bisnes sendiri.. Up and down yg tak dpt nak diceritakan dgn kata2.. Smpai sekarang pun after 3 years, masih lagi berusaha menstabilkan kewangan keluarga kecil kami since both of us dah x ada fix monthly income. Tp alhamdulillah, eventhough masa struggle ni, dpt membesarkan Ammar Syafwan dgn cukup walaupun x semewah org lain. Pejam celik pejam celik dh 12 tahun dah Ammar. Dah Tahun 6 dah. Next year dh nak masuk sekolah menengah dah. Walaupun berpindah ke tempat baru, Ammar dapat sesuaikan diri sampai lah berjaya dpt jadi penolong ketua pengawas u...