Setiap wanita yg sudah bergelar ibu pasti akan menghadapi dilema ini. Mungkin tak semua la. Tp bagi diriku perasaan ni wujud setelah bergelar ibu 4 tahun lepas. Apatah lagi selepas habis pantang, terpaksa meninggalkan anak di kampung disebabkan tak jumpa pengasuh utk Ammar.
Setiap minggu selama 6 bulan berulang alik dari KL - Ipoh semata2 utk bersama anak tersayang. Hanya ibu2 sahaja yg tahu bagaimana perasaan ni kan. Dalam kepala hanya fikir satu perkara je... nak berhenti kerja... nk jd suri rumah sepenuh masa... Tp apabila difikirkan dari segi kewangan, terpaksa tabah kan hati.
Hanya selepas 6 bulan baru jumpa pengasuh yg sesuai dan bermulalah hidup bertiga. Mmg pelbagai cabaran & dugaan sepanjang 4 tahun ni. Mana nak berkejar nk bersiap nye, nak hantar anak lagi, nak redah jem lagi... Apatah lagi semua kena buat sendiri disebabkan encik hubby berkerja shift.
Pejam celik - pejam celik dh nk masuk 5 tahun dh berjaya menggagahkan diri utk berkerja demi kesenangan anak. Sejak akhir2 ini, muncullah kembali dilema homesick ni. Hari2 mentabahkan diri utk pergi kerja.
InsyaAllah kalau ada rezeki, by next year harap2 agar permintaan ini termakbul. Nak focus on sorg2 nye anak kesayangan hamba (buat masa ni la), uruskan pergi school, makan pakai keluarga... Tak sabarnya... doakan hamba ya...
Ok la.. bye for now.. C U in nx N3... Daaa...
Comments
Post a Comment