Saturday, 31 December 2011

Good Bye 2011 & Welcome 2012.....

Today is the last day of 2011... There is a lot of memories in 2011... The most memorable & sweet memories that happen to me was on 10 Jan 2011. On that day, my most precious prince of my life was born.. Ammar Syafwan Bin Syafiq Asyraff.. Besides that, there also a lot of other memories in 2011.. Hopefully that in 2012, more good things will happen and achieve in my life...

Good Bye 2011 & Welcome 2012....

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan (Pil Herba Maharani)



Ton Ren Tang merupakan pengeluar Te Zhi Ba Feng Wan yang berpusat di Beijing, China. Ia merupakan syarikat pengeluar herba yang pertama di bandar Beijing semasa pemerintahan Dinasti Ming pada tahun 1669. Ia masih ulung dalam pembuatan dan kini telah berusia 341 tahun. Ketika zaman Dinasti Ming, Pil Maharani hanya diproses dan digunakan oleh keluarga Maharaja bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan.

Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan @ Pil Maharani
  1. Pil ini adalah produk keluaran Beijing Tong Ren Tang
    ** Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun
    ** Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing
  2. Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.
  3. Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai“Produk Terkenal di China” pada tahun 1994
  4. Diiktiraf sebagai “Spesis Ubat Herba yang Terpelihara” pada tahun 1998
  5. Mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association, Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM)..

FAQ

Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.

Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan.

Ramuan Utama


Gallus Gallus Domesticus (Black Fowl), Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita, Radix Giycyrrhiza Uralensis and twenty more valuable ingredients

Fungsi & kehebatan Pil Maharani:
  1. Melancarkan peredaran darah
  2. Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
  3. Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan- meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
  4. Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid, menyembuhkan senggugut.
  5. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
  6. Rawatan helba (naturally) yang menggalakkan kesuburan wanita
  7. Merupakan ubat gantian untuk jamu-jamu, ubat periuk semasa berpantang-menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dengan cepat.
  8. Kepada yang belum berkahwin sangat digalakkan untuk kulit yang cantik, kelancaran haid, sentiasa bertenaga, meningkatkan metabolisma dengan kelancaran darah keseluruh badan dll.
  9. Bagi yang sudah berkahwin, ia membantu menambahkan keharmonian rumah tangga.
  10. Bagi wanita yang hampir monopous, ia menguatkan tulang, menguatkan daya tahan badan dari penyakit.
Cara pengambilan yang WAJIB dipatuhi :
  • 1 bola kuning (=50 pil hitam kecil) sekali sehari.
  • Mula ambil selepas hari terakhir peredaran haid dan berterusan selama 6 hari.
  • Kemudian berhenti sementara sehingga selepas kedatangan haid pada bulan depan dan makan mengikut cara yang sama.
Nota : Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut:

(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan
(c) Minum lebih banyak air

Perhatian :
  • Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon.
  • Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein semasa mengambil Herba Maharani.
Harga
RM 98 (WM)  |  RM 100 (EM)
Sijil Halal Maharani


Bio Ever Nano Cream




Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.

FAQ

Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.

Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini, masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat. Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.

Apakah cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream?
1) PERINGKAT AWAL
Cuba pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan sama ada berlakunya keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghabiskan sebotol dalam masa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam masa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi, anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang cukup.

2) TEMPOH PENJAGAAN
Ia bergantung pada keadaan individu sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan penggunaan Bio~Ever Nano Cream. Anda dicadangkan untuk menggunakannya setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.

Mengapakah kesan Bio~Ever Nano Cream lebih baik daripada ubat-ubatan lain sedangkan ia hanya disapu pada kulit? Adakah ia ubat?
Bio~Ever Nano Cream bukan ubat dan ia tidak mengandungi sebarang unsur ubat-ubatan. Ia menggunakan teknologi penyerapan di mana aloe vera digunakan untuk melembutkan keratin dan membuka liang-liang roma. Minyak kacang soya iaitu liposom yang mengandungi unsur-unsur diosgenin akan dihantar ke bahagian kulit diikuti dengan kitaran mikrovaskular yang akan menyelaraskan fungsi-fungsi badan. Maka, penggunaan Bio~Ever Nano Cream membawa kesan yang lebih baik di mana cara penggunaannya adalah berbeza dengan ubat-ubatan lain.

Adakah Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat?
Tidak. Kandungan utama Bio~Ever Nano Cream ialah kacang soya dan wild yam (Dioscorea Villosa) serta Vitamin E, pegaga (Centella Asiatica) dan aloe vera di mana kesemuanya terdiri daripada komponen makanan. Dioscorea Villosa ialah herba tradisional bergred tinggi yang boleh diaplikasi secara luaran. Bio~Ever Nano Cream yang dihasilkan dengan menggunakan rumusan aktif melalui teknologi tinggi ini memudahkan penggunaannya. Selain itu, ia merupakan produk penjagaan kulit yang dapat menyelaraskan fungsi fisiologi badan, namun ia bukanlah ubat.

Adakah Bio~Ever Nano Cream harus digunakan secara berterusan? Sekiranya penggunaan dihentikan, adakah ia akan mengakibatkan keadaan kulit dan fungsi badan menjadi lebih teruk?
Bio~Ever Nano Cream kaya dengan hormon semula jadi yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, proses penuaan akan berlaku dengan cepat. Penggunaan Bio~Ever Nano Cream dapat membantu menyelaraskan sistem endokrin badan, mencegah dan melambatkan proses penuaan. Penuaan merupakan satu proses yang berlaku bersama-sama dengan usia kita. Berikutan dengan peningkatan usia, proses penuaan berlaku dengan lebih cepat menyebabkan fungsi badan semakin lemah. Oleh itu, penggunaan Bio~Ever Nano Cream secara berterusan dapat memulihkan fungsi badan secara perlahan-lahan dan memelihara badan supaya berada dalam keadaan yang paling optimal.

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan menyebabkan badan terlalu bergantung kepada produk?
Tidak. Bio~Ever Nano Cream tidak akan menggantikan fungsi dalam sistem endokrin dan organ-organ badan. Ia menjaga keseimbangan kelenjar endokrin, membenarkan kelenjar dan organ badan mempunyai hormon yang mencukupi dan seterusnya memulihkan kesihatan badan seseorang. Fungsi Bio~Ever Nano Cream ialah menjaga kesihatan organ-organ badan, maka ia tidak akan menyebabkan masalah kebergantungan terhadap produk.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan semasa kedatangan haid?
Boleh. Digalakkan untuk teruskan penggunaannya walaupun berlakunya ketidakselesaan. Bio~Ever Nano Cream juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang telah mengalami menopaus.

Adakah penggunaan Bio~Ever Nano Cream akan mengakibatkan haid datang awal atau tertunda? 
Progesteron yang semula jadi akan menyelaras keadaan fisiologi badan kembali kepada normal. Dalam penyelarasan hormon pada peringkat awal, masa kedatangan haid mungkin akan mengalami perubahan disebabkan oleh keseimbangan hormon bagi setiap individu adalah berbeza, namun ia akan kembali normal selepas itu.

Adakah ibu yang sedang menyusu sesuai menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Para ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream kerana Dioscorea Villosa akan terus diserap oleh bayi melalui susu ibu. Ini akan menyebabkan gangguan dalam sistem pencernaan kerana sistem pencernaan bayi masih belum sempurna.

Sekiranya wujud masalah seperti gatal, kemerahan, sakit kepala, kentut, lecet dan lain-lain simptom yang tidak menyenangkan, adakah ia alergi atau kesan sampingan?
Segala simptom-simptom yang timbul selepas penggunaan Bio~Ever Nano Cream bukanlah alergi ataupun kesan sampingan. Ia merupakan reaksi yang timbul semasa proses detoksifikasi badan manusia dijalankan. Gunakannya secara berterusan. Segala simptom yang tidak menyenangkan akan hilang selepas proses penyelarasan badan dijalankan (berdasarkan fizikal seseorang, kira-kira 7 hari – satu bulan).

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kaum lelaki?
Boleh. Dioscorea Villosa dalam Bio~Ever Nano Cream merupakan ubat tradisional bergred tinggi yang sesuai digunakan oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Ia dapat ditukar kepada hormon lelaki iaitu testosteron. Dioscorea Villosa bukan sahaja dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis malah dapat meningkatkan fungsi fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih kuat.

Bolehkah Bio~Ever Nano Cream digunakan oleh kanak-kanak?
Kanak-kanak yang belum memasuki peringkat akil baligh tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream. Ia sesuai digunakan oleh kanak-kanak perempuan yang telah mengalami haid pertama serta kanak-kanak lelaki yang telah mempunyai perubahan seksual dan suara yang jelas.

Keistimewaan Bio~Ever™
Bio-Ever™ menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.


  • Kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.
  • Kaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon, membantu menggalakkan kadar metabolisme dan menyelaraskan sistem saraf.
  • Memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.
  • Meningkatkan daya stamina dan tenaga.
Teknologi Liposom Nano

Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.


Rumusan Aktif Bio~Ever™

Wild Yam (Dioscorea Villosa)


  • Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
  • Mengawalatur metabolisme.
  • Antioksidan dan meregangkan otot.

Pegaga (Centella Asiatica)
  • Kaya dengan vitamin A dan C.
  • Menggalakkan penyembuhan luka.
  • Merangsang sintesis kolagen.


Soybean (Glycine Soja)
  • Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
  • Membantu masalah endokrin.
  • Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.


Cara Penggunaan

Urut dalam gerakan berpusing pada bahagian-bahagian yang ditunjukkan sehingga diserap sepenuhnya.

Leher
 Untuk leher yang lebih licin dan tegap, sapu krim menghala ke atas.


Dada
Untuk kontur dada yang lebih tegap dan menarik, sapu krim menghala ke atas dan ke dalam.


Bahagian dalam lengan
Untuk lengan yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.


Bahagian dalam paha
Untuk paha yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.


Abdomen
Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual.


Bawah pinggang
Sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina.
 
 
Harga
 
RM 240 (WM)  |  RM 243 (EM)

Premium Beautiful (PB)

Premium beautiful ataupun dikenali sebagai PB adalah corset yang terdiri dari 3 bahagian iaitu:
  1. Long Bra (Coli Panjang)
  2. Long Girdle (Seluar dalam panjang)
  3. Waist Nipper (Bengkung)

Fungsi utama ialah:-
  • Direka untuk 70% kesihatan & 30% kecantikan
  • Membersihkan darah daripada toksik & menukarkan darah berasid kepada darah beralkali lemah
  • Meransang sel-sel yg lemah & tidak aktif untuk meniingkatkan kadar metabolisma
  • Memperbaiki & memulihkan ketidak seimbangan sistem saraf autonomi serta menstabilkan fungsi organ-organ dalam badan
  • Mengandungi Far Infrared Rays technology (F.I.R)
Long Bra
Ciri-ciri & Fungsi Long Bra:

  1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
  3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
  4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
  6. Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.
  7. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
  8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
Long Girdle



Ciri-ciri & Fungsi Long Girdle:
  1. 32 kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
  3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona
  5. Perhiasan berlian berbentuk rama - rama menonjolkan keunggulan produk.
  6. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.
  7. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  8. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
  9. Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
Waist Nipper



Ciri-ciri & fungsi Waist Nipper:
  1. 7 batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  5. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.


CARA PEMAKAIAN YANG BETUL
A)Pemakaian Girdle

  1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki girdle.
  2. Sarungkan ke badan seperti memakai 'seluar dalam'.
  3. Masukkan tangan di bahagian punggung, paha depan & belakang dan tarik lebihan lemak ke atas.
  4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa.

B)Long Bra
  1. Sarungkan bra ke badan & kemaskan (masukkan) payu dara ke dalam cawan bra.
  2. Pasangkan cangkuk di bahagian belakang.
  3. Bongkukkan badan. Tarik semua lebihan lemak dibawah ketiak & dibawah lengan dan bawa
  4. ke hadapan, masukkan ke dalam cawan bra.
  5. Laraskan tali bra & kemaskan bra 'cup' supaya dapat kedudukan yang selesa.
  6. Betulkan kedudukan bra di tahap keselesaan anda.

C)Bengkung

  1. Kedudukan bengkung, pastikan 'batu permata' berada betul-betul ditengah badan. Pasang kesemua cangkuk (position cangkuk memang di tepi badan)
  2. Betulkan kedudukannya
  3. Pegang tali 
  4. Silangkan tali di belakang, tahan nafas & tarik tali (membawa kesan pinggang meramping) dan bawa cangkuk kehadapan. 
  5. Cangkukkan ikut keselesaan. Pastikan ianya selesa.

Untuk kesan yang lebih elok, anda digalakkan memakai selama 8 jam. Anda akan mendapat kesan yang menakjubkan. Percayalah....saya dah rasa, anda bila lagi.


BIO Zone Car Sterilizer


Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

FAQ
Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

Fungsi BIOzone Car Sterilizer 
  • Menggunakan teknologi “cold plasma” Jepun yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3).
  • Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
  • Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena, ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
  • Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
  • Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
  • Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan.
 Faedah BIOzone Car Sterilizer
  • Selamat
  • Ringan
  • Mudah digunakan
  • Mesra Alam Sekitar
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan
Cara penggunaan
  1. Masukkan BIOzone Car Sterilizer ke dalam soket rokok. 
  2. Alat ini akan bercahaya LED apabila dihidupkan.
  3. Anda boleh menghiduphan penghawa dingin untuk memulakan proses penulenan udara.


Bio Aura Hi-Tech Water System


Selaras dengan kemajuan teknologi Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System yang menggabungkan teknologi Nano dapat membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air minuman secara optimum.

Rekaan 6 penapis masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.


PENAPIS A: Membersih
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menapis dan menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

PENAPIS B: Menghilangkan bau
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

PENAPIS C: Stabil & Memperkayakan mineral
Activated carbon block yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula akan melembutkan molekul air dan memberi kesan dengan menghasilkan bahan-bahan mineral.

PENAPIS D: Selamat
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

PENAPIS E: Bertenaga
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.

PENAPIS F: Beralkali
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali, yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem imunisasi dan fungsi detoksifikasi badan.


TEMPOH PENUKARAN SETIAP PENAPIS YANG DICADANGKAN:







FAQ


Apakah teknologi Bio-Aura Hi-Tech Water System?
Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan revolusi teknologi nano dan 6  penapisan berperingkat  untuk membersih, mengalkali and memberi  tenaga kepada air minuman secara optimum.

Apakah nilai pH air selepas ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System ?
Air yang sudah ditapis oleh Bio Aura Hi-Tech Water System akan mempunyai nilai pH air yang cenderung kepada beralkali.

Adakan Bio Aura Hi-Tech Water System menggunakan elektrik?
Tidak. Bio Aura Hi-Tech Water System tidak perlu menggunakan elektrik. Justeru, ia amat menjimatkan tenaga dan kos.

Berapa lamakah warranti bagi Bio Aura Hi-Tech Water System? 
1 tahun warranti dari tarikh pembelian.

Perlukan saya menukar kesemua penapis dalam masa yang sama?
Tidak. Anda hanya perlu menukar setiap penapis dalam masa yang berlainan mengikut jadual  penukaran.  Penapis A, B, C = 1 tahun, Penapis D, E     = 3 tahun dan Penapis F = 5 tahun.

Kelebihan Produk

  • Bahan berkualiti. Bahan-bahan terbaik digunakan dalam pembuatan penapis.
  • Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: Sistem ‘pusing dan kunci’ memudahkan pengguna dalam menukar dan membersihkan penapis.
  • Pemasangan yang mudah: Alat-alat gantian disertakan untuk kesesuaian pelbagai jenis kepala paip di rumah.
  • Penutup penapis yang berwarna: Setiap penapis yang diindikasikan dengan warna berbeza memudahkan pengguna.
  • Saiz penapis yang lebih besar : Membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanan.
  • Kegunaan yang luas: Sesuai dipasangkan di rumah, pejabat, kilang, dan kedai-kedai makan.
  • Tidak menggunakan elektrik, dapat menjimatkan tenaga dan kos.
  • Selamat digunakan. Air Bio Aura boleh diminum tanpa dididih.
Ciri ciri Produk

  • Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan kesihatan badan yang menyeluruh.
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda dan meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh.
  • Molekul-molekul bersaiz nano menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien.
  • Memperkayakan kandungan mineral air untuk keperluan kesihatan tubuh.
  • Menghapuskan toksin, bakteria, klorin dan unsur logam demi menjamin keselamatan air yang diminum.
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
  • Nilai pH air yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Bio Aura membantu menyelaraskan pH tubuh berasid.
  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Cara Penggunaan

Pasangkan saluran paip air ke dalam Bio Aura. Biarkan air mengalir keluar secara perlahan-lahan daripada semua penapis selama 10 minit sebelum menggunakan air untuk minuman.


Bio Zone Food Purifier

BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.



FAQ


Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?

Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.


Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?

Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.


Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?

Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.


Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?

BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.


Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?

Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.


Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?

Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.


Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?

Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.


Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?

Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip. 


Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?

Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.


Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?

Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.


Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?

Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.


Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?

Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan. 


Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?

Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.


Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?

Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.


Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.


Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?

Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.



Ciri-ciri produk

  • Selamat.
  • Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
  • Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
  • Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
  • Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam
  • Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
  • Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
  • Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
  • 00% tiub silikon yang bergred medikal.
  • Batu seramik yang bergred tinggi.
  • Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
  • Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna 

Cara Penggunaan 

  1. Sediakan semangkuk air.
  2. Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
  3. Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
  4. Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
  5. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
  6. Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...